MuQatTaM SeVeNS
Sunday, August 21, 2011
Mana Mak???
Gambaran penulis ketika mak dan ayah baru bergelar Raja Sehari
Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Gambaran penulis ketika anak-anak Mak masih tidak tahu nak lap hingus lagi..
Dua puluh tahun kemudian,
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.
Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.
'Memikirkan masalah-masalah anak-anaknya', sekadar hiaasan..
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."
Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
'Kuih Koci yang tinggal kenangan', sekadar hiasan
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."
Harapan Mak nak naik kereta ini tidak kesampaian..
"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"
Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.
Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. KataRasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telefon panggilan dari ibu tanpa berjawab?
Saturday, August 6, 2011
Assalamualaikum W.B.H..
Alhamdulillah, kita sekarang sudah berada di 10 malam terakhir Ramadhan..Begitu cepat masa berlalu..Rasanya baru 2 ke 3 hari memasuki bulan Ramadhan yang penuh mulia ini..Pada 10 malam terakhir ini terdapat satu malam yang memang dinanti-nantikan oleh semua umat Islam..
Persoalan di sini, adakah kita tahu bilakah berlakunya Lailatul-Qadr itu??Apakah tanda-tandanya??Apakah keuntungan bagi sesiapa yang mengerjakan amalan-amalan pada malam tersebut??
Ramai ulama yang mengatakan bahawa Lailatul-Qadr berlaku pada 10 malam terakhir..Ada juga yang mengatakan pada malam-malam yang ganjil dan sepakat ulama mengatakan pada malam ke-27.Lebih aula, jikalau kita menghidupkan setiap malam di bulan Ramdhan ini..Cuma memperbanyakkan lagi amalan pada 10 malam terakhir kerana di sana terdapatnya Lailatul-Qadr..
Antara kelebihan-kelebihan Lailatul-Qadr :-
1. Terdapat di dalam al-Quran khusus menceritakan Lailatul-Qadr.
2. Malam di mana turunnya saidina Jibril ke bumi.
3. Malam yang lebih baik dari seribu bulan.
4. Malam khusus untuk umat Nabi Muhammad s.a.w.
Pada 10 malam terakhir di bulan Ramdahan ini, junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w mempergiatkan amalannya pada 10 malam terakhir ini berbanding malam-malam yang lain, berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh saidatina 'Aisyah Radiallahuanha.Rasulullah s.a.w juga menjauhi isteri-isterinya dan mengejutkan keluarganya supaya membuat amalan-amalan pada 10 malam terakhir ini..
Maka renung-renungkanlah perbuatan atau tatacara Rasulullah s.a.w sebagai idola kita umat Islam..Lakukanlah amalan-amalan pada malam-malam tersebut dengan bacaan al-Quran, zikir, solat sunat dan bermacam-macam lagi..Mengapa kita tidak jadikan amalan Rasulullah s.a.w itu sebagai ikutan??Ingatlah, Ramadhan yang bakal berlalu ini, belum tentu akan kita ketemui lagi Ramadhan yang akan datang..
Sedikit peringatan, janganlah kita membuat amalan-amalan ini semata-mata kerana lailatul-Qadr, tetapi semata-mata kerana Allah s.w.t dan moga-moga perbuatan kita untuk bangun malam diteruskan bukan sahaja pada malam Ramadhan sahaja bahkan pada malam-malam yang lain..

Wednesday, August 3, 2011
Ramadhan Kareem 2..
Assalamualaikum W.B.H..
Bulan Ramadhan adalah satu bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Nabi Muhammad S.A.W. Kemeriahannya jelas sekali dilihat apabila tiba hampirnya bulan Ramadhan ini. Tidak kurang juga pada yang sedih pabila memasuki bulan mulia ini.
Masjid Bilal b. Rabah
Ada 2 sebab mengapa orang sedih pabila memasuki Ramdhan Kareem ini. Pertamanya, mungkin kerana ada yang tidak dapat hendak berpuasa di dalam bulam yang penuh mulia ini, manakala sebab kedua, sedih kerana terpaksa menahan diri dari makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa..
Sekitar pengalaman saya sepanjang 3 hari dan hampir memasuki hari ke-4 pada bulan Ramdhan ini ialah, saya melihat, masyarakat-masyarakat Mesir sangat-sangat meraikan bulan yang penuh Barakah ini..
Di Masjid Bilal b. Rabah
Buktinya saya dapat lihat pada hari pertama berpuasa di bulan ini..Saya pergi menunaikan solat Subuh di masjid, dan mendapati, masjid penuh dalam kalangan pelbagai peringkat umur. Sehingga kaum perempuan terpaksa solat di bahagian luar masjid..
Lampu-lampu juga penuh menghiasi cantik keadaan malam-malam di sekitar jalanraya seolah-olah berada di malam 7 likur di Malaysia. Rumah-rumah jiran yang sebelum ini berhabuk-habuk, beranak-pinak lipas dan sebagainya, telah berubah seakan-akan hotel 5 bintang.
MasyaAllah-masyaAllah. Hebatnya masyarakat- masyarakat Mesir dalam menghidupkan suasana ramadhan dalam diri mereka.
Suasana malam Ramadhan juga hidup dengan penuhnya masjid-masjid dengan solat tarawih dan solat malam..Mereka juga membaca doa Qunut ketika solat Witir, bermula dari awal Ramadhan lagi berbanding Malaysia yang menunggu sehingga malam ke-15.
Di Masjid Nasr..

Monday, August 1, 2011
Ramadhan Kareem..
Assalamualaikum w.b.h
Lama sangat tak di 'update' blog ini. Sekarang telah masuknya bulan Ramadhan. Mudah- mudahan kita termasuk dalam golongon orang-orang yang berjaya memanfaatkan bulan Ramadhan ini dengan sebaiknya.
Saya memasukkan 2 video solat teraweh di Mesir. InsyaAllah, di bulan Ramadhan yang mulia ini, saya akan cuba yang termampu untuk solat teraweh di masjid yang berbeza.
Kedua-dua video rakaman solat terawih ni ketika solat terawih pada malam pertama Ramadhan di dua masjid yang berbeza..Selamat menonton..

Friday, November 12, 2010
Kembali ke Muqattam
Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t..
Lama update blog..Kali ni musim cuti raya Haji,jd amik peluang nk menulis.Pengalaman kiranya ni..Skodar jo ni ha!!
Ahli Muqattam sebenarnya ramai yang baru pulang dari malaysia..Tinggal seorang je selama 3 bulan,Ameer haziq harunarrashed(mmg kantoi eja nma ayah ameer)hehe..sori la ameer..Kebanyakan daripada kami sampai di meir pada 30/10 n 1/11 baru-baru ini..Banyak penglaman bila tinggal d Malaysia..Dan macam-macam juga yang berlaku di Malaysia iu sendiri..Tak tau nak cakap macam mana tentang keadaan di Malaysia..Kena la balik Malaysia,insyaAllah,tau sendiri keadaan di sana..Terasa banyak tanggungjawab yang perlu dijalankan bila kembali semula di Malaysia nanti..
Sekarang kami tinggal 6 org sahaja disebabkan sahabat kami Nabil telah berpindah dan menyambung pelajaran beliau di Universiti Madinah..Kami mendoakan beliau supaya berjaya di sana dan dipermuahkan segala urusan beliau di sana..Tapi kami tetap dengan Muqattam Sevens bg menghargai kenangan bersama haji Nabil(osah kenangan eh)..Sapa2 yang bakal ke Mekah atau Madinah nanti,silalah hubungi haji Nabil ye!!Mungkin mudah untuk pi jalan2..
Nabil dan Juaidil masa nak pi ziarah Syeikh Ibrahim kat Alex..
Kembalinya kami di sini memerlukan beberapa perubahan..Perubahan keadaan dalam rumah dan sebagainya..Memerlukan banyak duit juga atas sebab,tangga yang baru,juga sakhonah yang baru(pokai duit memasing)..TApi perubahan yang paling penting ialah niat kami semata-mata hendak menjadi HAMBA ALLAH S.W.T
Sebelum terlupa,peringatan kepada kawan-kawan yang bakal pulang ke Malaysia sama ada yang pulang bercuti ataupun pulang habis,silalah bersiap sedia..Ramai yang memerlukan kita,dari segi menjadi imam,menjadi penasihat agama,membuat program bagi menyelamatkan remaja-remaja Malaysia sekarang..Dan juga bersiap-sedia dari segi ilmu masing-masing kerana bila-bila masa sahaja kita akan dipanggil ke hadapan bagi menyampaikan ilmu..
Gambar program KEMBAQ..
Jadi,tu yo la takat ni..Sekian..
p/s: Baru teringat, lama sangat duduk Malaysia aritu,sampai da menyampah gak eh org tgk muka ni..Janganlah cuti lama sangat..
Jangan lupa poso gak ari 'Arafah..insyaAllah

Friday, July 23, 2010
Ke 'Mator'
Assalamualaikum W.B.T..
Pengalaman kali pertama membawa 'Avanza' ke mator..Mangsanya adalah Juaidil..
Pada suatu hari,aku mengambil kereta dari seorang brother.Muka ala-ala otai tapi suara alaaahaaiiii, macam gadis menggedik tak dapat hadiah 'bear' dari pakwenya..Kemudian aku pon membawa Juaidil ke bank HSBC yang terletak di Nafura.Setelah sampai di bank tersebut, tengok-tengok duit tak jugak masuk walaupun difahamkan duit telah dimasukkan sejak minggu lepas lagi.
Kemudian kami pon balik ke rumah dengan kekecewaan tambahan lagi pada diriku ini sebab dia berhutang dengan aku.Dalam hati, bilolah nak dapat balik duit den ni, menyosal bagi pinjam.Baik sedekah kat anak yatim dari bagi dia pinjam.
Sampai di rumah, Juaidil menyiapkan segala keperluan sebelum bertolak ke Mator.Mandi, makan, dan sebagainya.Setelah itu kami memenuhi Avanza yang ketika itu agak 'sardin' disebabkan ada beberapa sahabat dari 'Asyir datang menziarahi kawanku ini.Untuk sementara waktu je 'sardin' ni sebab nak hantar sampai di Wafa' wal 'Amal.
Pada jam 1.30 ptg kami pon bertolak ke Mator.Naik kapal pukul 3.30 ptg, elok sgt la tu jalan lambat(da la lupa ikut jalan 'shortcut').Baru je bertolak, kawanku ini telah terlupa beg yang mana di dalamnya terdapat tiket, pasport dan barang2 yang penting untuk melepaskan diri beliau keluar dari bumi Mesir ini.Jadi beliau pon naik balik ke rumah cari barang2 tersebut.Setelah sekian lama, beliau pon turun blk.Rupa2nya ada kat dlm kereta..Men nyorok2 plak beg ni.
Dalam perjalanan untuk menghantar beberapa orang sahabat aku di Wafa' wal 'Amal(2 orang sahaja) aku telah masuk ke jalan yang salah..Bebudak ni suma menentang dan kata jalan salah.Berlakulah sedikit salah faham.Aku pon ikut cakap bebudak ni, pusing blk.Tapi aku tetap tidak puas hati, aku cakap betullah jalan ni.Akhirnya Juaidil pon cakap, ikutla jalan ko tadi.Cuak bebudak ni ngan Juaidil ha.Aku ada back up besar la.Bebudak ni semua diam, tanda mengalah.Dengan muka bangga dan senyum sampai ke telinga, aku pon ikut semula jalan ak tadi(pusiiiing blk).Sesampai je di jalan utama, ternyata, memang aku yang salah.Nak jaga malunya pasal, buat2 rupa tak bersalah.Aku menurunkan kawan aku di situ yang mana tempat tu bukanlah bernama Wafa' wal 'Amal..
Setelah itu, aku meneruskan perjalanan ke melalui Rabaah untuk ke mator.Masing-masing sudah agak kelam-kabut dan gelabah dan kawanku ni pulak sering menerima paggilan dari sahabatnya yang telahpon menunggu di Mator.Sesampainya di Rabaah, jalan pulak 'jam'.Aku jalan ckit, pastu 2 kereta arab potong.Jalan cikit lagi, 2 kereta arab potong.Pastu Nabil pulak bising, tu ha arab tu da potong, bwk la betul2.Jgn bagi diorang potong lagi.Memang bertambah lagi angin aku dengan 'statement' tu..Dah lah nk cepat, 'jam', bebudak ni bising plak(Nak copek torobang rrr).Kami meneruskan juga perjalanan walaupun hati dipenuhi api matahari.Alhamdulillah, berkat kesabaran yang tinggi dan tidak terkata hebatnya, kami dapat melepasi halangan tersebut.
Perjalanan diteruskan ke mator yang mana jalan ini di'guide' oleh Amal.Aku tolong bawa kereta sahaja.Dalam perjalanan yang mana Avanza dipandu agak laju dan kereta arab suma cuak dengan memberikan laluan kepada kami seolah-olah kereta kami ini Ambulans.Dan-dan je, ada sebuah teksi ala-ala 60-an memotong kami.Kami hanya mampu memandang sahaja.Di atas teksi tersebut terdapat pelbagai barang.Ketika kami meluncur laju, tiba-tiba, basikal jatuh dari atas teksi itu(nasib baik bukan almari baju).Nabil telah menjerit ketakutan dan disambung pula oleh Aburn membuatkan aku terkejut.Keadaan menjadi cemas dan tak terkwal.Aku mengelak bagaikan 'Ammu bikia' yang sedang membawa keldai.Padahal jauh lagi basikal yang jatuh itu. Kemungkinan untuk melanggar pon 20 persen je.Ceh, wat ak cuak je.Alhamdulillah tidak berlaku kemalangan.
Setelah beberapa kejadian yang berlaku di jalan raya,akhirnya,akhirnya(ulang,tanda puas hati gila)sampai juga ke pintu utama untuk masuk ke dalam kawasan mator.Kami terus ke mator 1.Kami sampai sekitar jam 2 lebih.Akhirnya, Juaidil pon masuk ke dalam dan menyelesaikan urusannya.Alhamdulillah, dia lepas bersama-sama kawan-kawan yang sudah lama menunggu.
Kami pulang dalam keadaan yang gembira.Semasa perjalanan pulang ke rumah, Uwais menceritakan yang mana tangannya sudah tersedia di handbrake, jikalau ada apa-apa yang berlaku manakala Amal membaca pelbagai surah kerana berharap beliau tidak salah jalan.Semua mengucapkan syukur kepada ilahi kerana tiada apa-apa benda yang berlaku.Alhamdulillah!!!
p/s: -rupanya duit tu salah akaun da, padanlah dah seminggu x masuk2
-sapa yang nak balik msia ataupon da sampai msia, moga dapat berbakti pada masyarakat
Sekian..Wassalam..

Monday, July 19, 2010
Akhlak Rasulullah S.A.W
Sekadar renungan dan muhasabah untuk diri kita..Video ini adalah sedikit cerita atau kisah mengenai junjungan besar kita Rasulullah S.A.W..
قال صلي الله عليه وسلم:انما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق
وقالت احدى زوجاته:كان صلي الله علية وسلم خلقة القران
Juga sedikit rakaman madeh pujian2 untuk Rasulullah S.A.W..Kadang-kadang rasa hendak tulis 'kekasih kita' junjungan Rasulullah S.A.W, tetapi tidak layak rasanya diri ini untuk mengungkap kata-kata tersebut..
madeh.mp3
Ini adalah rakaman ketika Majlis Hol Syeikh Soleh Ja'afari dahulu..

Subscribe to:
Posts (Atom)