Pages

Friday, April 30, 2010

Pengalaman ke Tanta

assalamualaikum W.B.T..

Pada hari rabu yang lepas, lepas, dan lepas(29/4/2010),kami seramai 6 org dari N.9 telah bertolak secara persendirian ke Tanta..Niat di hati semata2 nk pegi Majlis Hol Syeikh Muhammad Kholil Khotib yang mna beliau merupakan pengasas Tariqat Khotibiah Syazuliah..Sejak kewafatan Syeikh Muhammad Kholil Khotib, anak beliau sendiri iaitu Syeikh Mahmud b. Muhammad Kholil Khotib telah dilantik sebagai khalifah tariqat ini..

Hendak diceritakan serba sedikit tentang Syeikh Muhammad Kholil Khotib ini, nama sebenar beliau Muhammad b. Syeikh Kholil b. Syeikh Muhammad al-Khotib..Gelaran beliau Penyair Rasulullah S.A.W (شاعر رسول الله)kerana beliau banyak menulis syair dan hampir kesemua syair yang beliau karang berbentuk pujian kepada Rasulullah S.A.W..


Syeikh Muhammad Kholil Khotib..

Beliau berasal dari Asyut dan belajar di sana..kemudaian melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar di Tanta dalam bidang Usuluddin dan Dakwah..Diceritakan beliau mengambil PHD dalam bidang Lughah 'Arabiah..

Beliau telah berpindah ke Tanta dan menetap di sana..Antara sebab-sebab beliau berpindah ke Tanta disebabkan atas ajakan daripada Syeikh Ahmad Badawi..Beliau yakni Syeikh Muhammad Kholil Khotib hidup tetapi tidaklah sezaman dengan Syeikh Ahmad Badawi..Ini bermakna Syeikh Muhammad Kholil Khotib tidak pernah berjumpa dengan Syeikh Ahmad Badawi semasa hayatnya tetapi telah menemui Syeikh Ahmad Badawi secara mimpi dengan mengajak agar Syiekh Muhammad Kholil Khotib berpindah ke Tanta, malah Syeikh Ahmad Badawi juga telah mengajar Syeikh Muhammad Kholil Khotib secara roh..



ini adalah gambar syeikh Mahmud bin Muhammad Kholil Khotib yang merupakan peneraju atau Khalifah Tariqat Khotibiah Syazuliah yang juga anak kepada Syeikh Muhammad Kholil Khotib..



ini adalah gamba maqam Sidi Ahmad Badawi..



dikatakan tapak kaki yang mulia iaitu tapak kaki Rasulullah S.A.W, yang mana ketika Sidi Ahmad Badawi pergi ke Mekah, beliau telah mengambil kesan tapak kaki mulia yang berada di atas batu ini dan membawanya pulang ke tanah bumi Mesir..
(sumber Habib 'Umar bin Habib Zain bin Sumait Hafizahullah)





keluarga al-Qosobi..



Maqam syeikh yang dikatakan guru kepada Syeikh Muhammad Kholil Khotib..



Maqam al-'arif Billah Sidi Muhammad al-Baha



Dari kiri imam masjid al-Aqsa, keturunan keluarga al-Qosobi, Syeikh Mahmud b Muhammad Kholil Khotib, dan naib rektor Jamiah al-Azhar Mesir..



Imam Masjid al-Aqsa..Apabila beliau bercakap, masyaAllah..x dpt dibayangkan..kena dengar sendiri..



Beliau adalah salah seorang daripada anak murid Syeikh Muhammad Kholil Khotib..

Selepas ini adalah gambar-gambar kenangan dengan para sahabat yang lain..



Pernah berjumpa Syeikh ini ketika menziarahi Maqam Syeikh Abu Hassan asy-Syazuli
(tidak dapat dipastikan siapakah sebenarnya beliau, tetapi dapat dirasakan beliau adalah antara orang yang 'alim, insyaAllah)




Perjalanan ketika ingin bertemu dengan kekasih Allah s.w.t.




Bergambar di hadapan Masjid Sidi Ahmad Badawi..

No comments:

Post a Comment