Pages

Friday, July 23, 2010

Ke 'Mator'

Assalamualaikum W.B.T..

Pengalaman kali pertama membawa 'Avanza' ke mator..Mangsanya adalah Juaidil..

Pada suatu hari,aku mengambil kereta dari seorang brother.Muka ala-ala otai tapi suara alaaahaaiiii, macam gadis menggedik tak dapat hadiah 'bear' dari pakwenya..Kemudian aku pon membawa Juaidil ke bank HSBC yang terletak di Nafura.Setelah sampai di bank tersebut, tengok-tengok duit tak jugak masuk walaupun difahamkan duit telah dimasukkan sejak minggu lepas lagi.

Kemudian kami pon balik ke rumah dengan kekecewaan tambahan lagi pada diriku ini sebab dia berhutang dengan aku.Dalam hati, bilolah nak dapat balik duit den ni, menyosal bagi pinjam.Baik sedekah kat anak yatim dari bagi dia pinjam.

Sampai di rumah, Juaidil menyiapkan segala keperluan sebelum bertolak ke Mator.Mandi, makan, dan sebagainya.Setelah itu kami memenuhi Avanza yang ketika itu agak 'sardin' disebabkan ada beberapa sahabat dari 'Asyir datang menziarahi kawanku ini.Untuk sementara waktu je 'sardin' ni sebab nak hantar sampai di Wafa' wal 'Amal.

Pada jam 1.30 ptg kami pon bertolak ke Mator.Naik kapal pukul 3.30 ptg, elok sgt la tu jalan lambat(da la lupa ikut jalan 'shortcut').Baru je bertolak, kawanku ini telah terlupa beg yang mana di dalamnya terdapat tiket, pasport dan barang2 yang penting untuk melepaskan diri beliau keluar dari bumi Mesir ini.Jadi beliau pon naik balik ke rumah cari barang2 tersebut.Setelah sekian lama, beliau pon turun blk.Rupa2nya ada kat dlm kereta..Men nyorok2 plak beg ni.

Dalam perjalanan untuk menghantar beberapa orang sahabat aku di Wafa' wal 'Amal(2 orang sahaja) aku telah masuk ke jalan yang salah..Bebudak ni suma menentang dan kata jalan salah.Berlakulah sedikit salah faham.Aku pon ikut cakap bebudak ni, pusing blk.Tapi aku tetap tidak puas hati, aku cakap betullah jalan ni.Akhirnya Juaidil pon cakap, ikutla jalan ko tadi.Cuak bebudak ni ngan Juaidil ha.Aku ada back up besar la.Bebudak ni semua diam, tanda mengalah.Dengan muka bangga dan senyum sampai ke telinga, aku pon ikut semula jalan ak tadi(pusiiiing blk).Sesampai je di jalan utama, ternyata, memang aku yang salah.Nak jaga malunya pasal, buat2 rupa tak bersalah.Aku menurunkan kawan aku di situ yang mana tempat tu bukanlah bernama Wafa' wal 'Amal..

Setelah itu, aku meneruskan perjalanan ke melalui Rabaah untuk ke mator.Masing-masing sudah agak kelam-kabut dan gelabah dan kawanku ni pulak sering menerima paggilan dari sahabatnya yang telahpon menunggu di Mator.Sesampainya di Rabaah, jalan pulak 'jam'.Aku jalan ckit, pastu 2 kereta arab potong.Jalan cikit lagi, 2 kereta arab potong.Pastu Nabil pulak bising, tu ha arab tu da potong, bwk la betul2.Jgn bagi diorang potong lagi.Memang bertambah lagi angin aku dengan 'statement' tu..Dah lah nk cepat, 'jam', bebudak ni bising plak(Nak copek torobang rrr).Kami meneruskan juga perjalanan walaupun hati dipenuhi api matahari.Alhamdulillah, berkat kesabaran yang tinggi dan tidak terkata hebatnya, kami dapat melepasi halangan tersebut.

Perjalanan diteruskan ke mator yang mana jalan ini di'guide' oleh Amal.Aku tolong bawa kereta sahaja.Dalam perjalanan yang mana Avanza dipandu agak laju dan kereta arab suma cuak dengan memberikan laluan kepada kami seolah-olah kereta kami ini Ambulans.Dan-dan je, ada sebuah teksi ala-ala 60-an memotong kami.Kami hanya mampu memandang sahaja.Di atas teksi tersebut terdapat pelbagai barang.Ketika kami meluncur laju, tiba-tiba, basikal jatuh dari atas teksi itu(nasib baik bukan almari baju).Nabil telah menjerit ketakutan dan disambung pula oleh Aburn membuatkan aku terkejut.Keadaan menjadi cemas dan tak terkwal.Aku mengelak bagaikan 'Ammu bikia' yang sedang membawa keldai.Padahal jauh lagi basikal yang jatuh itu. Kemungkinan untuk melanggar pon 20 persen je.Ceh, wat ak cuak je.Alhamdulillah tidak berlaku kemalangan.

Setelah beberapa kejadian yang berlaku di jalan raya,akhirnya,akhirnya(ulang,tanda puas hati gila)sampai juga ke pintu utama untuk masuk ke dalam kawasan mator.Kami terus ke mator 1.Kami sampai sekitar jam 2 lebih.Akhirnya, Juaidil pon masuk ke dalam dan menyelesaikan urusannya.Alhamdulillah, dia lepas bersama-sama kawan-kawan yang sudah lama menunggu.

Kami pulang dalam keadaan yang gembira.Semasa perjalanan pulang ke rumah, Uwais menceritakan yang mana tangannya sudah tersedia di handbrake, jikalau ada apa-apa yang berlaku manakala Amal membaca pelbagai surah kerana berharap beliau tidak salah jalan.Semua mengucapkan syukur kepada ilahi kerana tiada apa-apa benda yang berlaku.Alhamdulillah!!!

p/s: -rupanya duit tu salah akaun da, padanlah dah seminggu x masuk2
-sapa yang nak balik msia ataupon da sampai msia, moga dapat berbakti pada masyarakat

Sekian..Wassalam..

Monday, July 19, 2010

Akhlak Rasulullah S.A.W

Sekadar renungan dan muhasabah untuk diri kita..Video ini adalah sedikit cerita atau kisah mengenai junjungan besar kita Rasulullah S.A.W..

video


قال صلي الله عليه وسلم:انما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق
وقالت احدى زوجاته:كان صلي الله علية وسلم خلقة القران


Juga sedikit rakaman madeh pujian2 untuk Rasulullah S.A.W..Kadang-kadang rasa hendak tulis 'kekasih kita' junjungan Rasulullah S.A.W, tetapi tidak layak rasanya diri ini untuk mengungkap kata-kata tersebut..

madeh.mp3

Ini adalah rakaman ketika Majlis Hol Syeikh Soleh Ja'afari dahulu..

Saturday, July 17, 2010

Perpisahan

Bismillahirahmanirrahim,

Assalamualaikum W.B.T..

Hanya sedikit renungan dari diri ini yang tidak layak untuk mengungkapkan dengan penulisan..

Sahabat-sahabat yang dirahmati sekalian,
Ajal dan maut ditangan tuhan.Kita semua sebagai makhluk Allah S.W.T tidak boleh lari dari kematian yang bakal tiba.Bahkan kita semua tidak tahu langsung bilakah malaikat maut bakal menjemput kita.Hanya Allah S.W.T yang mengetahui waktu kematian kita semua.Mungkin sebentar lagi, esok lusa, tulat ,seminggu lagi dan seterusnya..

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahwa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :

“Bahwa malaikat maut memperhatikan wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah herannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berhura-hura dan bergelak-tawa.”

Apa yang telah saya pelajari sebelum ini di mana manusia ini terbahagi kepada empat ketika hidupnya dan ketika ajalnya.

Pertama, lahirnya Islam dan ketika matinya juga Islam.
Kedua, hidupnya Islam dan ketika matinya kafir.
Ketiga, hidupnya kafir ketika matinya juga kafir.
Keempat, hidupnya kafir dan ketika matinya Islam

Beruntunglah bagi kita yang termasuk dalam golongan pertama dan keempat.Juga mohon dijauhkan daripada termasuk dalam golongan orang yang kedua dan ketiga, na'uzubillahi min zalik.Perbanyakkanlah doa ini :-

اللهمّ اختم علينا بحسن الخاتمة
ولا تختم علينا بسوء الخاتمة


Apabila terjadinya kematian, sudah tentu kita semua pasti akan berasa sedih atas pemergiannya, lebih-lebih lagi apabila orang yag pergi meninggalkan kita adalah antara orang yang paling kita sayangi.

Kami pernah mendengar seorang ulama' yang terkenal apbila beliau hadir di dalam satu majlis ilmu.Sebelum bermulanya majlis tersebut, beliau telah dikhabarkan dengan kematian ibunya yang tercinta dan beliau ingin terus pulang ke negaranya.Kemudian beliau teringat antara musibah yang paling besar dalam hidup manusia adalah kematian kekasih kita junjungan Rasulullah S.A.W, lalu beliau mengambil keputusan untuk meneruskan majlis ilmu tersebut dengan terus berdakwah di jalan Allah S.W.T.

Andaikata perkara ini terjadi kepada diri kita, apakah yang bakal berlaku seterusnya?Adakah kita mampu untuk menjadi seperti ulama' tersebut yang mempunyai iman dan keyakinan yang tinggi dalam hidupnya?Mungkin beliau yakin dengan kata-kata di bawah ini yang saya petik dari status seorang sahabat,"Pertemuan di SINI menjanjikan perpisahan, kita hanya mengharapkan pertemuan yang kekal abadi di SANA".

Firman Allah S.W.T yang bermaksud,

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya."

Al-Baqarah: 155-157.

Yang pastinya, kematian itu adalah hak daripada Pencipta kita kerana setiap 'barangan' yang kita gunakan di dunia ini adalah bersifat pinjaman dan perlu dipulangkan apabila tiba masanya kelak..

Firman Allah Taala yang bermaksud :

“Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mempercepatnya.” (Surah Al-A’raf ayat 34)

Tidaklah kami merasakan sesuatu yang amat pedih dan sedih melainkan perkara ini yang terjadi lebih-lebih lagi terhadap sahabat karibku yang telah kehilangan ibunda yang tersayang.Ini adalah antara perkara yang membuatkan aku tersentak dan hiba kerana memikirkan beliau yang tidak dapat bersama-sama ketika pemergian ibunya kerana beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.Hanya Allah S.W.T yang mengetahui betapa peritnya perkara yang dilalui beliau..

Moga-moga Allah mencucuri rahmat ke atas bondanya dan menjadikan sahabatku tabah, tabah dan terus tabah dalam meneruskan liku-liku kehidupannya yang akan datang..Al-Fatihah..

Sekian..

Assalamualaikum W.B.T..

Friday, July 9, 2010

Memelihara Lisan

Assalamualaikum W.B.T..

Pepatah Melayu ada menyebutkan 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'..Pepatah ini seringkali kita dengar dan pernah juga dipelajari sejak dari sekolah rendah lagi..Dan sememangnya, kita telah didedahkan dan diajar oleh guru-guru serta ibu bapa kita sendiri tentang maksud tersirat jua tersurat daripada pepatah ini.

Telah Allah ciptakan pelbagai jenis manusia yang bertebaran di muka bumi Allah S.W.T ini..Bermacam-macam jenis perangai dan ragam.. Ada yang, nakal-nakal sikit, pemarah tapi bila tengok muka si pemarah, yang kena marah tak jadi nak tunduk-tunduk takut, tegas tapi muka comel, baik tapi muka taiko, dan macam-macam lagi.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud,“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”

Daripada firman Allah S.W.T di atas, ketahuilah bahawasanya, kita sebagai manusia, bukanlah terdiri daripada satu jenis sahaja bahkan berbagai-bagai..Cuba kita semua fikirkan andaikata semuanya gemuk sahaja, siapakah yang hendak makan sikit..Jikalau semuanya pemarah sahaja, siapa yang hendak jadi penyabarnya..Sudah tentu haruk -pikuk dunia ini andaikata semuanya pemarah..

Juga terdapat hadis dalam Sohih at-Tirmidzi yang bermaksud "Bukankah yang menenggelamkan manusia ke neraka di atas hidung-hidung mereka tidak lain karena hasil lisan-lisan mereka?"

Di dalam hadis ini terdapat tegahan juga ancaman daripada Allah S.W.T..Sangat berat ancaman ALlah S.W.T..

Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama menghayati dan mengambil pengajaran daripada hadis Nabi S.A.W di dalam Arba'in Nawawi karangan imam Nawawi yang bermaksud "Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam, siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia menghormati tetangganya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah dia memuliakan tamunya" (Riwayat Bukhori dan Muslim)..

Digalakkan kepada kita, bagi sesiapa yang seringkali tersilap kata,hendaklah mengunci mulutnya daripada berkata-kata, atau memikirkan baik-baik perkataan-perkataan yang bakal dilafazkan kepada seseorang..

Kita juga seharusnya lebih waspada dalam memelihara setiap perbicaraan kita daripada membuatkan orang terasa hati dengan kita, lebih-lebih lagi orang yang dekat dan juga orang kita sayangi..

Renung-renungkan ayat al-Quran di bawah ini..
Firman Allah Ta’ala.
“Ertinya : Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata. ” [Al-Ahzab : 58]

P/S : Kalau ada kesilapan dalam sedar ataupun tidak sedar, mohon maaf bebanyak..Bagi orang yang buat kesalahan ini,hatinya selalu gelisah, pemikirannya selalu runsing..Makan tak lalu, tapi bertambah-tambah. Mandi tak basah, tapi air habis berkolah-kolah..Ada orang macam ni yer..