Pages

Tuesday, June 15, 2010

Majlis Maulid Sayyidi Syeikh Soleh al-Ja'fari..

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum W.B.T

Sekadar iklan kepada sahabat-sahabat yang berada di Mesir..Sekarang ini telah diadakan majlis sempena Maulid Saiyidi Syeikh Soleh al-Ja’fari di Masjid Syeikh Soleh al-Ja’fari,Darrasah..Jadi kepada sahabat-sahabat bolehlah menghadiri majlis tersebut..

Majlis ini telah diadakan sejak hari Ahad yang lalu dan akan tamat pada hari Khamis..Walaupun terlambat sedikit membuat iklan ini, tetapi diharapkan agar kita mendapat sedikit manfaat dari majlis ini..

Tentatif program..

Hari : Ahad –Khamis
Tarikh : 13/6/2010 – 17/6/2010
Selepas Magrib : Majlis bacaan al-Quran sehingga khatam..
Selepas Isya’ : Majlis bacaan Madeh dan Qasidah Rasulullah S.A.W..

Diharapkan kepada sahabat-sahabat dapat meluangkan sedikit waktu untuk kita sama-sama mendapat sedikit manfaat daripada majlis ini.

Cuba bayangkan diri kita ini, berapa kalikah kita berselawat ke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W dalam sehari?Agak-agaknya, layakkkah kita untuk mendapat syafaat Rasulullah S.A.W di akhirat kelak?

Jikalau Piala Dunia yang engkau risaukan, Piala Dunia hanya sementara bahkan tiada manfaat pun darinya..Jikalau makanan yang engkau risaukan, makanan disediakan ketika majlis tersebut.. Po jo nak laie?? Tinggal hendak datang je lg..Jadi,jemputlah datang ye..Jangan malu-malu..Makanan rohani dapat, makanan jasmani pon dapat..InsyaAllah..

Ini tulis je lebih ni..Buatnya pon belum tentu lagi..Doakan kami semua..

p/s : - Hari Khamis tu sampai Subuh kita bermadeh ye..InsyaAllah..
- Rupanya-rupanya maqam-maqam yang kami telah ziarahi di pos yang lalu, semuanya berada di tanah yang bernama Muqattam..

No comments:

Post a Comment