Pages

Monday, June 21, 2010

Cerita Masyuk!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum W.B.T..

Ini saja je nk post sbb tgk cerita ni agak menarik..Tajuk ceritanya Le Grand Voyage..Cerita ni adalah cerita yang dibuat oleh orang Perancis..cerita ini sudah lama..Kalau yang sudah tengok cerita ni, eloklah..Kalau yang belum tu, eloklah download cepat..

Cerita ini mengisahkan seorang lelaki tua yang teringin pergi menunaikan haji, tetapi cara dia pergi itu agak pelik sebab beliau ingin menaiki kereta dan tidak mahu menaiki kapal terbang..Jadi,terpaksalah anak beliau menjadi drebar apaknya untuk menunaikan HAJI bagi melengkapkan Rukun Islam yang ke-5..

Mereka melalui beberapa negara dari Perancis sebelum sampai ke Arab Saudi..Mereka melalui beberapa pengalaman pahit dan manis dan juga bukti kesabaran ayah terhadap anaknya..Kalau nak tau lagi, tengok la kisah ni..



Jangan lupa download ye cerita ni..Kalau nak, boleh datang Muqattam amik..

Sekian.......

Tuesday, June 15, 2010

Majlis Maulid Sayyidi Syeikh Soleh al-Ja'fari..

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum W.B.T

Sekadar iklan kepada sahabat-sahabat yang berada di Mesir..Sekarang ini telah diadakan majlis sempena Maulid Saiyidi Syeikh Soleh al-Ja’fari di Masjid Syeikh Soleh al-Ja’fari,Darrasah..Jadi kepada sahabat-sahabat bolehlah menghadiri majlis tersebut..

Majlis ini telah diadakan sejak hari Ahad yang lalu dan akan tamat pada hari Khamis..Walaupun terlambat sedikit membuat iklan ini, tetapi diharapkan agar kita mendapat sedikit manfaat dari majlis ini..

Tentatif program..

Hari : Ahad –Khamis
Tarikh : 13/6/2010 – 17/6/2010
Selepas Magrib : Majlis bacaan al-Quran sehingga khatam..
Selepas Isya’ : Majlis bacaan Madeh dan Qasidah Rasulullah S.A.W..

Diharapkan kepada sahabat-sahabat dapat meluangkan sedikit waktu untuk kita sama-sama mendapat sedikit manfaat daripada majlis ini.

Cuba bayangkan diri kita ini, berapa kalikah kita berselawat ke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W dalam sehari?Agak-agaknya, layakkkah kita untuk mendapat syafaat Rasulullah S.A.W di akhirat kelak?

Jikalau Piala Dunia yang engkau risaukan, Piala Dunia hanya sementara bahkan tiada manfaat pun darinya..Jikalau makanan yang engkau risaukan, makanan disediakan ketika majlis tersebut.. Po jo nak laie?? Tinggal hendak datang je lg..Jadi,jemputlah datang ye..Jangan malu-malu..Makanan rohani dapat, makanan jasmani pon dapat..InsyaAllah..

Ini tulis je lebih ni..Buatnya pon belum tentu lagi..Doakan kami semua..

p/s : - Hari Khamis tu sampai Subuh kita bermadeh ye..InsyaAllah..
- Rupanya-rupanya maqam-maqam yang kami telah ziarahi di pos yang lalu, semuanya berada di tanah yang bernama Muqattam..

Friday, June 4, 2010

Ahli Muqattamin Ziarah Maqam..

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum W.B.T..

Salam pembuka bicara,
Apa cerita??

Hah..Tiba-tiba rasa macam nak berpantun pula..Sekali-sekala..Malas nak tunjuk bakat,tp tertunjuk pulak..Tak pe la ye!!Cerita kali ni nak bawakan khas kepada sahabat-sahabat tentang kami ahli Muqattam Sevens telah pon pergi menziarahi beberapa maqam yang berada di Kaherah ni..

Kami pergi sebelum peperiksaan di Azhar bermula..Baru sekarang nak cerita..Kami bertolak dari rumah kami dengan menaiki tremco menuju ke Sayidah 'Aisyah..Tambang LE1..Kami pergi seramai 6 orang..Import seorang gang dari Dumyat..kalo dalam FB dea,nmenye zul da ma..cmni kot kalo x silap..Panggil Zul jo..

Kami telah menziarahi lebih daripada 15 maqam..Kami bertolak sekitar jam 9 pagi..

1. Maqam Saiyidah 'Aishah..

Maqam yang pertama kami ziarahi ialah Maqam SAiyidah 'Aishah..Maqam ni terletak di dalam Masjid Saiyidah 'Aisyah..Beliau adalah keturunan Saidina Hussain..

Kemudian kami bertolak ke Maqam Imam Waqi' dari Saiyidah 'Aishah dengan menaiki tremco..Tambang hanya LE 0.75..

2. Maqam Imam Waqi'..

Setibanya kami di Maqam Imam Waqi' yang juga merupakan guru kpd Imam Syafi'e..Ingat ye,kalo nk pg maqam Imam Syafi'e, kena ziarah Maqam Imam Waqi' dulu..Sebab ni adalah ingatan dari Imam Syafi'e..

Sepertimana yang telah dijangka, maqam Imam Waqi' tutup kerana kebiasaannya, Maqam ini dibuka pada hari Jumaat..Kalo nak tengok,pegi hari Jumaat ye..

3. Maqam Imam Syafi'e..

Kemudian kami berjalan kaki menuju ke Maqam Imamuna Imam Syafi'e Rahimullahi Ta'ala..


Di maqam Imam Syafi'e juga terdapat bekas peninggalan tapak kaki Rasulullah S.A.W..Sejauh mana kebenarannya, wAllahua'lam..

Kami juga telah menunaikan Solat Jenazah Ghaib kerana nenek kepada sahabat kami(Amal) telah terlebih dahulu meninggalkan kita di dunia yang fana ini..Al-Fatihah..

4. Maqam Imam Zakaria al-Ansori..

Di dalam masjid yang sama di mana terletaknya Maqam Imam Syafi'e, terdapat sebuah Maqam yang mana hidup beliau diapit oleh 2 orang ulamak yang bernama Ibnu Hajar..(x tau bhs mudahnya apa?)Pertamanya, Imam Ibnu Hajar al-Askolani y merupakan guru kepada Syeikh al-Islam ini..Keduanya, Imam Ibnu Hajar al-Haitami yang merupakan anak murid kepada Imam ZAkaria al-Ansori..

Sapola tu..hehe..

5. Maqam Saiyidah Fatimah RadiAllahu'anha..

Selepas menziarahi Maqam Imam Syafie dan Maqam Imam Zakaria al-Ansori, kami meneruskan perjalanan menuju ke maqam Saiyidah Fatimah ini..Beliau merupakan Ahli Bait Rasulullah S.A.W yang berketurunan Imam Husain..



6. Maqam Saiyidah Ummi Kalthum bt Imam Husain..

Beliau merupakan anak kepada Imam Husain b Saidina 'Ali KarramAllahuwajhah..

7. Maqam Saidina Abu Zar al-Ghifari..

Beliau merupakan sahabat Rasulullah S.A.W..

8. Maqam al-Imam al-faqih al-Laith B Sa'ad RadiAllahuanhu..

Beliau adalah antara guru kepada Imam as-Syafi'e RadiAllahuanhu..Imam Lais telah diakui kehebatannya oleh Imam Syafi'e..Imam Malik RadiAllahuanhu yang kita sedia maklum hebat dan mempunyai mazhab sendiri, tetapi Imam Laith dianggap lebih Faqih dari Imam Malik oleh Imam Syafi'e(Imam Laith ad mazhab sendiri, tetapi tidak tersebar seperti mazhab-mazhab imam yang empat)..

Berbanding den, dah lah x faqih,dan lebih-lebih lagi x faqih dr orang lain..Juga terdapat di sekitar maqam ini juga terdapat maqam anak murid kepada Imam Laith dan juga anak kepada Imam Laith..

9. Imam Ibnu Hajar al-Asqolani RadiAllahuanhu..

Beliau merupakan guru kepada imam Zakaria al-Ansori sepetimana telah disebut di atas..Di sini, pintu maqam Imam Ibnu Hajar telah bertutup kerana dalam proses menggantikan pintu tersebut dengan pintu yang baru..

Bersama seorang awek 'arab..



10. Imam 'Uqbah b 'Amir al-Juhaini..

Beliau merupakan sahabat Rasulullah S.A.W..Di maqam imam 'Uqbah terdapat hajar al-aswad yang mana telah dihadiahkan oleh Rasulullah S.A.W..Di belakang Masjid ini juga terdapat jam yang diukir di dinding masjid tersebut..

Jam y dimaksudkan..

Hajar al-Aswad..


11. Saiyidah Fatimah Hasan al-Anwar..

Beliau merupakan Ahli Beit Rasulullah SAllahu 'alaiHi wasallam..


Perasmian tempat..

12. Maqam Saiyidah Rabi'atul Adawiyah RadiAllahu'anha..


13. Maqam Saiyidi Zun Nun al-Misri RadiAllahu'anhu..

Nama beliau ialah Tsauban b Ibrahim Abu al-Faid..

14. Saiyidi Muhammad ibnu Hanifah RadiAllahuanhu..



Maqam Saiyidah Rabi'atul 'Adawiyah, maqam Saiyidi Zun Nun al-Misri, dan maqam Saiyidi Muhammad ibnu Hanifah berada pada 1 kawasan yang mana kena mnx kunci pada seorang Mama yang menjaga maqam ini..

Kemudian dari sini kami berjalan kaki selama lebih kurang 30 minit lebih untuk ke maqam seterusnya..

Beberapa gambar ketika dalam perjalanan menuju Maqam Imam Ibnu 'Atoillah as-Sakandary..


Mano kodai aiskrim??

Beli aiskrim..

Perhentian ke-2 selepas makan aiskrim..

Kali ni minum air dulu..Pekena sprite 1 botol..Lega ckit, fuhh!!!

Ada gak kedai kat celah-celah kubur..


Dah macam model iklan nmpk eh...

Nampak cara jalan pon da tau masing-masing da pancit..

15. Maqam Sayyidi 'Abdullah b Abi Jamrah..

Setelah lebih setengah jam perjalanan dari maqam Saiyidah Rabi'atul 'Adawiyah, akhirnya sampai ke maqam Saiyidi 'Abdullah b Abi Jamrah..


Beliau merupakan seorang Ulama' hadis..Antara kitab beliau, Mukhtasor Abi Jamrah..Berhampiran dengan maqam ini, terdapat tempat Khalwat Saiyidah Nafisah..

Tempat khalwat Saiyidah Nafisah RadiAllahuanha..

16. Maqam Saiyidi Ibnu 'Atoillah as-Sakandari..

Di Masjid ini, kami telah berehat sebentar dan menunaikan solat Zohor secara berjamaah..

Antara kitab Imam 'Atoillah as-Sakandari ialah Kitab Hikam yang mana kitab ini antara kitab famous yang diajarkan oleh para Ustaz di Malaysia..Payah juga nak faham kitab ni..Kena ad terjemahan juga..

17. Maqam Saiyidi Asyraf ar-Rifai'e al-Husaini(Wali kecil)..

Akhir sekali, kami menziarahi maqam wali kecil, tetapi tutup juga..Kemungkinan ayah beliau tiada di maqam..

Kemudian kami berjalan kaki menuju ke jalan Ma'ady..Kami menunggu bas untuk kembali pulang ke Muqattam..Tambang LE 0.50..

Penantian bas..





Akhirnya kami sampai di Muqattam sebelum Asar..Perjalanan kami tidaklah sejauh mana kerana terdapatnya kenderaan awam..

Jadi, kepada sahabat yang lain, sudah-sudah lah tu tinggal di Sabi'e dan sekitarnya..Pakat ramai-ramai pindah Muqattam..Kami sedia menyambut anda..hehe..

Mudah-mudahan kita semua tergolong dalam golongan yang mencintai nabi dan golongan yang dicintai nabi..Amin..

Kalo awal-awal tadi dibuka dengan pantun, akhir ni pon nk bg 1 pantun la..Pantun 2 kerat nmanya..

Semalam pergi kedai Salam,
Wassalam..