Pages

Saturday, July 17, 2010

Perpisahan

Bismillahirahmanirrahim,

Assalamualaikum W.B.T..

Hanya sedikit renungan dari diri ini yang tidak layak untuk mengungkapkan dengan penulisan..

Sahabat-sahabat yang dirahmati sekalian,
Ajal dan maut ditangan tuhan.Kita semua sebagai makhluk Allah S.W.T tidak boleh lari dari kematian yang bakal tiba.Bahkan kita semua tidak tahu langsung bilakah malaikat maut bakal menjemput kita.Hanya Allah S.W.T yang mengetahui waktu kematian kita semua.Mungkin sebentar lagi, esok lusa, tulat ,seminggu lagi dan seterusnya..

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahwa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :

“Bahwa malaikat maut memperhatikan wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah herannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berhura-hura dan bergelak-tawa.”

Apa yang telah saya pelajari sebelum ini di mana manusia ini terbahagi kepada empat ketika hidupnya dan ketika ajalnya.

Pertama, lahirnya Islam dan ketika matinya juga Islam.
Kedua, hidupnya Islam dan ketika matinya kafir.
Ketiga, hidupnya kafir ketika matinya juga kafir.
Keempat, hidupnya kafir dan ketika matinya Islam

Beruntunglah bagi kita yang termasuk dalam golongan pertama dan keempat.Juga mohon dijauhkan daripada termasuk dalam golongan orang yang kedua dan ketiga, na'uzubillahi min zalik.Perbanyakkanlah doa ini :-

اللهمّ اختم علينا بحسن الخاتمة
ولا تختم علينا بسوء الخاتمة


Apabila terjadinya kematian, sudah tentu kita semua pasti akan berasa sedih atas pemergiannya, lebih-lebih lagi apabila orang yag pergi meninggalkan kita adalah antara orang yang paling kita sayangi.

Kami pernah mendengar seorang ulama' yang terkenal apbila beliau hadir di dalam satu majlis ilmu.Sebelum bermulanya majlis tersebut, beliau telah dikhabarkan dengan kematian ibunya yang tercinta dan beliau ingin terus pulang ke negaranya.Kemudian beliau teringat antara musibah yang paling besar dalam hidup manusia adalah kematian kekasih kita junjungan Rasulullah S.A.W, lalu beliau mengambil keputusan untuk meneruskan majlis ilmu tersebut dengan terus berdakwah di jalan Allah S.W.T.

Andaikata perkara ini terjadi kepada diri kita, apakah yang bakal berlaku seterusnya?Adakah kita mampu untuk menjadi seperti ulama' tersebut yang mempunyai iman dan keyakinan yang tinggi dalam hidupnya?Mungkin beliau yakin dengan kata-kata di bawah ini yang saya petik dari status seorang sahabat,"Pertemuan di SINI menjanjikan perpisahan, kita hanya mengharapkan pertemuan yang kekal abadi di SANA".

Firman Allah S.W.T yang bermaksud,

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya."

Al-Baqarah: 155-157.

Yang pastinya, kematian itu adalah hak daripada Pencipta kita kerana setiap 'barangan' yang kita gunakan di dunia ini adalah bersifat pinjaman dan perlu dipulangkan apabila tiba masanya kelak..

Firman Allah Taala yang bermaksud :

“Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mempercepatnya.” (Surah Al-A’raf ayat 34)

Tidaklah kami merasakan sesuatu yang amat pedih dan sedih melainkan perkara ini yang terjadi lebih-lebih lagi terhadap sahabat karibku yang telah kehilangan ibunda yang tersayang.Ini adalah antara perkara yang membuatkan aku tersentak dan hiba kerana memikirkan beliau yang tidak dapat bersama-sama ketika pemergian ibunya kerana beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.Hanya Allah S.W.T yang mengetahui betapa peritnya perkara yang dilalui beliau..

Moga-moga Allah mencucuri rahmat ke atas bondanya dan menjadikan sahabatku tabah, tabah dan terus tabah dalam meneruskan liku-liku kehidupannya yang akan datang..Al-Fatihah..

Sekian..

Assalamualaikum W.B.T..

No comments:

Post a Comment