Pages

Friday, July 9, 2010

Memelihara Lisan

Assalamualaikum W.B.T..

Pepatah Melayu ada menyebutkan 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'..Pepatah ini seringkali kita dengar dan pernah juga dipelajari sejak dari sekolah rendah lagi..Dan sememangnya, kita telah didedahkan dan diajar oleh guru-guru serta ibu bapa kita sendiri tentang maksud tersirat jua tersurat daripada pepatah ini.

Telah Allah ciptakan pelbagai jenis manusia yang bertebaran di muka bumi Allah S.W.T ini..Bermacam-macam jenis perangai dan ragam.. Ada yang, nakal-nakal sikit, pemarah tapi bila tengok muka si pemarah, yang kena marah tak jadi nak tunduk-tunduk takut, tegas tapi muka comel, baik tapi muka taiko, dan macam-macam lagi.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud,“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”

Daripada firman Allah S.W.T di atas, ketahuilah bahawasanya, kita sebagai manusia, bukanlah terdiri daripada satu jenis sahaja bahkan berbagai-bagai..Cuba kita semua fikirkan andaikata semuanya gemuk sahaja, siapakah yang hendak makan sikit..Jikalau semuanya pemarah sahaja, siapa yang hendak jadi penyabarnya..Sudah tentu haruk -pikuk dunia ini andaikata semuanya pemarah..

Juga terdapat hadis dalam Sohih at-Tirmidzi yang bermaksud "Bukankah yang menenggelamkan manusia ke neraka di atas hidung-hidung mereka tidak lain karena hasil lisan-lisan mereka?"

Di dalam hadis ini terdapat tegahan juga ancaman daripada Allah S.W.T..Sangat berat ancaman ALlah S.W.T..

Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama menghayati dan mengambil pengajaran daripada hadis Nabi S.A.W di dalam Arba'in Nawawi karangan imam Nawawi yang bermaksud "Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam, siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia menghormati tetangganya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah dia memuliakan tamunya" (Riwayat Bukhori dan Muslim)..

Digalakkan kepada kita, bagi sesiapa yang seringkali tersilap kata,hendaklah mengunci mulutnya daripada berkata-kata, atau memikirkan baik-baik perkataan-perkataan yang bakal dilafazkan kepada seseorang..

Kita juga seharusnya lebih waspada dalam memelihara setiap perbicaraan kita daripada membuatkan orang terasa hati dengan kita, lebih-lebih lagi orang yang dekat dan juga orang kita sayangi..

Renung-renungkan ayat al-Quran di bawah ini..
Firman Allah Ta’ala.
“Ertinya : Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata. ” [Al-Ahzab : 58]

P/S : Kalau ada kesilapan dalam sedar ataupun tidak sedar, mohon maaf bebanyak..Bagi orang yang buat kesalahan ini,hatinya selalu gelisah, pemikirannya selalu runsing..Makan tak lalu, tapi bertambah-tambah. Mandi tak basah, tapi air habis berkolah-kolah..Ada orang macam ni yer..

No comments:

Post a Comment