Pages

Saturday, August 6, 2011

Assalamualaikum W.B.H..


Alhamdulillah, kita sekarang sudah berada di 10 malam terakhir Ramadhan..Begitu cepat masa berlalu..Rasanya baru 2 ke 3 hari memasuki bulan Ramadhan yang penuh mulia ini..Pada 10 malam terakhir ini terdapat satu malam yang memang dinanti-nantikan oleh semua umat Islam..




Persoalan di sini, adakah kita tahu bilakah berlakunya Lailatul-Qadr itu??Apakah tanda-tandanya??Apakah keuntungan bagi sesiapa yang mengerjakan amalan-amalan pada malam tersebut??


Ramai ulama yang mengatakan bahawa Lailatul-Qadr berlaku pada 10 malam terakhir..Ada juga yang mengatakan pada malam-malam yang ganjil dan sepakat ulama mengatakan pada malam ke-27.Lebih aula, jikalau kita menghidupkan setiap malam di bulan Ramdhan ini..Cuma memperbanyakkan lagi amalan pada 10 malam terakhir kerana di sana terdapatnya Lailatul-Qadr..


Antara kelebihan-kelebihan Lailatul-Qadr :-

1. Terdapat di dalam al-Quran khusus menceritakan Lailatul-Qadr.
2. Malam di mana turunnya saidina Jibril ke bumi.
3. Malam yang lebih baik dari seribu bulan.
4. Malam khusus untuk umat Nabi Muhammad s.a.w.




Pada 10 malam terakhir di bulan Ramdahan ini, junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w mempergiatkan amalannya pada 10 malam terakhir ini berbanding malam-malam yang lain, berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh saidatina 'Aisyah Radiallahuanha.Rasulullah s.a.w juga menjauhi isteri-isterinya dan mengejutkan keluarganya supaya membuat amalan-amalan pada 10 malam terakhir ini..


Maka renung-renungkanlah perbuatan atau tatacara Rasulullah s.a.w sebagai idola kita umat Islam..Lakukanlah amalan-amalan pada malam-malam tersebut dengan bacaan al-Quran, zikir, solat sunat dan bermacam-macam lagi..Mengapa kita tidak jadikan amalan Rasulullah s.a.w itu sebagai ikutan??Ingatlah, Ramadhan yang bakal berlalu ini, belum tentu akan kita ketemui lagi Ramadhan yang akan datang..


Sedikit peringatan, janganlah kita membuat amalan-amalan ini semata-mata kerana lailatul-Qadr, tetapi semata-mata kerana Allah s.w.t dan moga-moga perbuatan kita untuk bangun malam diteruskan bukan sahaja pada malam Ramadhan sahaja bahkan pada malam-malam yang lain..

No comments:

Post a Comment