Pages

Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan Kareem 2..

Assalamualaikum W.B.H..

Bulan Ramadhan adalah satu bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Nabi Muhammad S.A.W. Kemeriahannya jelas sekali dilihat apabila tiba hampirnya bulan Ramadhan ini. Tidak kurang juga pada yang sedih pabila memasuki bulan mulia ini.



Masjid Bilal b. Rabah

Ada 2 sebab mengapa orang sedih pabila memasuki Ramdhan Kareem ini. Pertamanya, mungkin kerana ada yang tidak dapat hendak berpuasa di dalam bulam yang penuh mulia ini, manakala sebab kedua, sedih kerana terpaksa menahan diri dari makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa..

Sekitar pengalaman saya sepanjang 3 hari dan hampir memasuki hari ke-4 pada bulan Ramdhan ini ialah, saya melihat, masyarakat-masyarakat Mesir sangat-sangat meraikan bulan yang penuh Barakah ini..



Di Masjid Bilal b. Rabah

Buktinya saya dapat lihat pada hari pertama berpuasa di bulan ini..Saya pergi menunaikan solat Subuh di masjid, dan mendapati, masjid penuh dalam kalangan pelbagai peringkat umur. Sehingga kaum perempuan terpaksa solat di bahagian luar masjid..

Lampu-lampu juga penuh menghiasi cantik keadaan malam-malam di sekitar jalanraya seolah-olah berada di malam 7 likur di Malaysia. Rumah-rumah jiran yang sebelum ini berhabuk-habuk, beranak-pinak lipas dan sebagainya, telah berubah seakan-akan hotel 5 bintang.

MasyaAllah-masyaAllah. Hebatnya masyarakat- masyarakat Mesir dalam menghidupkan suasana ramadhan dalam diri mereka.

Suasana malam Ramadhan juga hidup dengan penuhnya masjid-masjid dengan solat tarawih dan solat malam..Mereka juga membaca doa Qunut ketika solat Witir, bermula dari awal Ramadhan lagi berbanding Malaysia yang menunggu sehingga malam ke-15.



Di Masjid Nasr..

No comments:

Post a Comment