Pages

Monday, May 24, 2010

Kisah di hari Jumaat..

assalamualaikum..

Kejadian yang berlaku di sebuah negara bernama Mesir..

Pada hari Jumaat, di waktu tengahari..Pada ketika ramai orang Islam sudah pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, ada seorang lelaki yang dirahsiakan namanya telah pergi solat Jumaat..

Beliau pergi dengan seliparnya yang telah dijumpai semula di sebuah rumah lain..Juga memakai serban beserta jubah putih yang cantik dan telah siap diseterika..Beliau tidak lupa juga untuk memakai wangi-wangian untuk mengikut sunnah yang telah dianjurkan Rasulullah S.A.W..


Sekadar untuk memperingati para Ulama'..Moga2 termasuk dalam kalangan mereka..amin..

Selepas itu,beliau pergi ke masjid tetapi apabila beliau sampai ke masjid tersebut, imam telah memulakan khutbahnya(jgn ikut, bkn sunnah)..Sunnah poie masjid awal sebelum imam bagi khutbah,imam sahaja yang sunnah melambat-lambatkan poie masjid yer(iklan jap)..

Ketika di masjid, beliau telah mendengar khutbah dan tidak sempat untuk solat sunnat sebab dalam masjid sudah penuh..Beliau mendengar, mendengar, dan mendengar khutbah sehinggalah khusyuk sambil mengangguk-angguk menunjukkan akan kefahaman beliau yang tinggi tentang khutbah yang dibaca oleh imam tersebut..

Selepas habis khutbah kedua, bilal masjid pon telah mengiqamatkan solat Jumaat lantas imam khutbah dengan pantas merampas 'microphone' dari tangan bilal masjid dan dengan selamber mengimami solat Jumaat..

Selepas habis solat Jumaat, lelaki tadi tidak berkata-kata dan terus membaca surah al-Fatihah, al-Ikhlas, al-Falaq, dan an-Nas sebanyak 7 kali seperti yang terkandung dalam kitab Bidayatul Hidayah yang dikarang oleh imam al-Ghazali..

Selepas itu, beliau terus sembahyang sunat Ba'diyah dan kemudian keluar masjid untuk pulang ke rumahnya..Apabila keluar dari masjid, beliau dengan dengan baik hatinya menyedekahkan sejumlah wang kepada seorang mak cik(seposen jer pon, bg org kebulur pon x nak)..Tetapi selepas itu,mak cik tersebut hanya pandang slack(cmni ejaan yang btol)..Lelaki tersebut pon pelik,apasal la mak cik ni x mau duit ni..Selepas diberi beberapa kali, mak cik ni pon x nak juga..

Kemudian beliau ditegur oleh seorang lelaki"wei,tu mak ak, bkn peminx sodokah, da lamo hidup ko??(marah sgt sampai terkeluar perkataan Melayu)..Dengan wajah yang control macho sambil menunduk-nunduk dan masih berhajat nak bersedekah, beliau terus berjalan melalui mak cik tadi dan meletakkan duit itu ke dalam tabung masjid yang berada di hadapannya..Kemudian beliau terus kembali ke rumah sambil berkata-kata di dalam hati rasa macam nak naik tempat yang paling tggi dan kemudian terjun dari bangunan tersebut(jgn wat adegan ni, HARAM!!)..Sekian..


Sekadar gambar hiasan..Jgn p cari plak mak cik nie..sogan la dio nt..

p/s:Teringat kat Malaysia..Selepas solat Jumaat, tengok budak2 Semenda berkumpul di beranda masjid untuk mendengar Tazkirah dari Ustaz Zakaria..
Moga-moga Ustaz Zakaria sihat selalu dan dipermudahkan segala urusannya..

No comments:

Post a Comment