Pages

Sunday, May 30, 2010

Penenang Hati..

Assalamualaikum W.B.T..

Allahu Akhbar..Terasa tenang pabila mendengarkan nasyid ini yang juga merupakan sebuah hadis daripada Rasulullah S.A.W..Hadis ini juga merupakan hadis yang terakhir dari kitab hadis muktabar iaitu Sohih al-Bukhori..Dengan segala hormatnya dipersilakan sahabat-sahabat untuk mendengarkannya dan megambil manfaat dari video yang akan dipaparkan ini..



Apabila melihat video di atas ini, seolah-olah diri ini sedang dikumpul di Padang Masyar sedang menanti untuk dihitung oleh-Nya..


Video di atas ini adalah terjemahan ke dalam Bahasa Inggeris..

"Dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang"al-Ayat..Marilah kita sama-sama muhasabah diri, sebanyak mana amalan kita selama ini..Hidup di dunia yang sementara ini..Dunia ini syurga bagi orang kafir dan neraka bagi orang mukmin..Adakah kita termasuk dalam kalangan orang mukmin yang diperkatakan oleh Rasulullah S.A.W??Hidup semakin hari semakin dekat dengan ajal, tetapi adakah ianya mencukupi di bekalan akhirat kelak??

Pada sahabat-sahabat, marilah kita bersama-sama mengamalkan dua kalimah ini,"سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم"..Moga-moga kita semua mendapat manfaat bersama..

Maha suci engkau Ya Allah, hidupkanlah kami dalam iman, matikanlah kami dalam iman, dan masukkanlah kami ke dalam syurga-Mu dalam Iman dengan Rahmat-Mu wahai tuhan yang Maha Pemurah lahi Maha Mengasihani..Amin..

No comments:

Post a Comment